• Facebook Social Icon
  • Instagram
  • Twitter

Ikuti Kami

Hubungi Kami

Emel: programrose@gmail.com

Talian ROSE: 03-84082211

Waktu Perkhidmatan: Isnin - Jumaat, 9 pagi - 5 petang

Untuk mesej kami:

© 2019 Program ROSE (Removing Obstacles to cervical ScrEening)

ROSE FOUNDATION

(A Company Limited By Guarantee)

201901023970 (1333299-V)  

UJIAN SARINGAN SERVIKS ROSE

ANDA BOLEH MELINDUNGI DIRI
daripada risiko kanser serviks.
 

Ujian saringan serviks ROSE akan mengambil masa 5 minit sahaja:

 

 

 

 

HANYA SATU SAPUAN diperlukan untuk

mengesan HPV (Human Papillomavirus), yang boleh mengakibatkan kanser serviks.

KEPUTUSAN AKAN DIHANTAR KEPADA TELEFON BIMBIT ANDA DALAM MASA 3 MINGGU.

Mudah dan Cepat

Berkesan

Tidak Sakit

Dilakukan Sendiri

Anda boleh melakukan ujian sekiranya anda:

1. Berusia antara 30-49 tahun

2. Tidak mengandung

3. Tidak pernah menjalani histerektomi (pembedahan buang rahim)

4. Tiada aliran haid yang berat

Untuk pendaftaran ujian anda perlu:

1. Membawa telefon bimbit

2. Membawa MyKad

PASTIKAN ANDA LAYAK UNTUK MELAKUKAN UJIAN:

FAHAMI KEPUTUSAN UJIAN ANDA

Bagaimanakah saya akan menerima keputusan saya?

Keputusan akan dihantar melalui teks SMS ke telefon bimbit anda. Anda sepatutnya menerima keputusan dalam masa 3 minggu. Jika anda tidak menerima SMS keputusan anda, taip "TIADA KEPUTUSAN <NomborMyKAD>" dan hantar SMS ataupun hubungi kami di talian ROSE 03-84082211.

Bagaimana jika keputusan ujian saya negatif?

Anda akan menerima SMS yang menyatakan bahawa keputusan ujian saringan serviks anda normal (HPV tidak dikesan). Ini bermakna risiko anda mengalami perubahan sel tidak normal dalam serviks adalah sangat rendah. Sila ulangi ujian saringan serviks anda selepas 10 tahun. Jika anda mengalami sebarang pendarahan faraj yang tidak normal, sakit atau discaj, anda digalakkan membuat temujanji untuk berjumpa doktor atau jururawat anda.

Bagaimana jika keputusan ujian saya positif?

Anda akan menerima SMS yang menyatakan bahawa HPV dikesan dalam sampel ujian saringan serviks anda. Ini tidak bermakna anda mempunyai kanser serviks. Walau bagaimanapun, anda memerlukan pemeriksaan susulan bagi memastikan tiada perubahan sel tidak normal yang berlaku di bahagian serviks. Hubungi staf Program ROSE pada Isnin hingga Jumaat antara jam 9 pagi hingga 5 petang melalui nombor telefon yang dihantar kepada anda di dalam teks SMS untuk nasihat berkaitan pemeriksaan susulan.

Apakah perbezaan antara ujian pap smear dan ujian saringan serviks ROSE?

Pap smear

Gambar 1: Spekulum

  • Spekulum diperlukan

  • Kurang sensitif dalam mengesan risiko kanser serviks

  • Memerlukan pemeriksaan pelvik oleh pakar perubatan untuk mengumpul sampel

  • Pemeriksaan berasaskan makmal bagi sel yang tidak normal di bawah mikroskop

  • 15 ujian disyorkan seumur hidup

Ujian Saringan Serviks ROSE

Gambar 2: Swab pensampelan sendiri

  • Spekulum tidak diperlukan

  • Lebih sensitif dalam mengesan risiko kanser serviks

  • Dilakukan sendiri oleh wanita, menggunakan swab faraj

  • Ujian Point-of-Care dan ujian berasaskan makmal dengan kuantiti sampel yang besar

  • 2 ujian disyorkan dalam seumur hidup (pada usia 35 dan 45 tahun, seperti yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia)

vs

Ada soalan tentang ujian saringan serviks ROSE?

Ketahui lebih lanjut tentang rawatan susulan kami.