Anda akan menerima SMS & WhatsApp yang menyatakan keputusan ujian saringan serviks anda adalah normal (HPV tidak dikesan). Ini bermakna risiko untuk anda mengalami perubahan sel yang tidak normal dalam serviks adalah sangat rendah. Sila ulangi ujian saringan serviks anda selepas 10 tahun. Jika anda mengalami sebarang pendarahan faraj yang tidak normal, sakit atau keputihan, sila buat temujanji untuk berjumpa doktor atau jururawat anda.