Rantaian Penjagaan

ROSE melangkaui ujian PCR HPV dengan menyediakan panduan dan navigasi komprehensif untuk wanita yang diuji positif. Ia memahami bahawa untuk mencapai penghapusan kanser serviks ia memerlukan kedua-dua ujian HPV dan susulan yang sewajarnya. Inovasi utama kami bukan sahaja pada swab pensampelan kendiri untuk ujian HPV tetapi juga dedikasi kami untuk memastikan wanita memahami sepenuhnya keputusan ujian tersebut. Kami berikhtiar dalam membantu anda ke hospital terdekat untuk mendapatkan rawatan lanjut apabila perlu. Aspek penting ini adalah teras kepada Program ROSE, merangkumi satu siri langkah teliti yang dilaksanakan oleh pasukan kami.

1. Penglibatan bersama Hospital

Pasukan kami komited untuk membantu anda dengan melibatkan diri dan bekerjasama dengan hospital awam yang mempunyai kepakaran dalam kesihatan serviks, memastikan anda menerima penjagaan optimum dan akses kepada rawatan peribadi berdasarkan keperluan khusus anda.

2. Khidmat Nasihat

Setelah menerima keputusan ujian anda, pasukan kami akan memberi khidmat nasihat kepada anda, memastikan anda mempunyai pemahaman yang jelas tentang implikasinya dan menawarkan panduan tentang langkah-langkah yang perlu diambil seterusnya.

3. Susulan

Sekiranya keputusan ujian anda positif, pasukan kami akan menghubungi anda secara proaktif bagi susulan segera, memastikan anda menerima bimbingan dan sokongan yang diperlukan untuk mendapatkan rawatan dan penjagaan.

4. Surat Rujukan

Kami akan menyediakan surat rujukan buat anda untuk memudahkan lawatan anda ke hospital pilihan untuk rawatan susulan selanjutnya. Anda boleh mengetahui senarai hospital rujukan ROSE di sini.

5. Temu Janji

Setelah mendapat surat rujukan, anda boleh berhubung dan berkomunikasi terus dengan staf hospital yang dipilih dan membuat temujanji untuk menghadiri rawatan kolposkopi secara fizikal. Matlamat kami adalah untuk menjadikan proses ini selancar yang mungkin untuk anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pemeriksaan susulan dan rawatan, baca sebelum Kolposkopi dan selepas Kolposkopi.