Program ROSE: Memperkasakan Wanita melalui Saringan Serviks Inovatif

Mudah, Tidak Sakit, Efektif

Direka khusus untuk wanita Malaysia, Program ROSE ialah saringan serviks inovatif yang membolehkan dan memperkasakan wanita untuk melakukan saringan serviks kendiri menggunakan ujian pensampelan kendiri PCR HPV kami yang unik.

Program ROSE menawarkan pilihan yang bermaruah kepada wanita untuk menggunakan swab kendiri yang mudah, tidak menyakitkan dan merupakan pendekatan berkesan yang membolehkan ujian PCR HPV dijalankan oleh Makmal ROSE, dan penghantaran keputusan segera melalui platform e-kesihatan digital yang menggunakan teknologi mudah alih dalam masa 3 minggu, dan susulan bagi mendapatkan  rawatan, jika perlu.

Walaupun terdapat pelbagai jenis ujian saringan serviks, ‘flocked swab’ yang digunakan bagi ujian PCR HPV Program ROSE menjamin ketepatan dan kesahihan keputusan yang lebih tinggi. Untuk saksikan kepentingan dalam pemilihan swab bagi ujian HPV, tonton video ini. Penghapusan kanser serviks bermula dengan ROSE.

5 Pendekatan Teras

Kaedah perintis dan revolusioner bagi saringan serviks dengan lima (5) teras yang merangkumi pendidikan & advokasi bagi penyediaan perkhidmatan saringan yang diintegrasi dengan rantaian kepada penjagaan.

Syarat Kelayakan Saringan

Untuk pendaftaran ujian dan menerima keputusan anda hanya perlukan:

Langkah Saringan

Ujian pensampelan kendiri ROSE PCR HPV ialah kaedah yang mudah, tidak menyakitkan dan berkesan untuk saringan serviks. Dalam masa lima minit sahaja, anda boleh manjaga kesihatan anda dengan mudah dengan melakukan ujian ini sendiri. Ketahui cara anda boleh menjalankan saringan serviks anda sendiri dengan mudah dan mengutamakan kesejahteraan anda.

Tafsiran Keputusan Ujian

Sebaik sahaja selesai ujian, anda boleh menunggu untuk menerima keputusan anda dalam tempoh 3 minggu, dihantar kepada anda dengan mudah melalui SMS dan WhatsApp. Ambil peluang ini untuk memahami maksud keputusan ujian anda.

Rantaian Penjagaan

Satu aspek tersendiri Program ROSE ialah penyediaan penjagaan berterusan jika rawatan lanjut diperlukan, aspek yang jarang diliputi dalam kebanyakan program saringan lain. Ketahui dengan lebih lanjut tentang kepentingan rantaian kepada penjagaan dan sebab ianya penting kepada Program ROSE.

Hadiahkan Diri Anda dengan Program “Gift a ROSE”

Individu

Program Gift a ROSE membolehkan wanita untuk mengambil ujian pensampelan PCR HPV ROSE kami yang unik secara berbayar. Menyertai program Gift a ROSE membolehkan anda mengawal perjalanan kesihatan anda. Apabila anda memilih ujian pensampelan kendiri PCR HPV ROSE secara berbayar, anda bukan sahaja mengutamakan kesejahteraan anda tetapi juga menyumbang kepada komitmen Yayasan ROSE yang tidak berbelah bahagi dalam membasmi kanser serviks. Sertai usaha kolektif kami dan jadilah pejuang bagi tujuan yang bermakna ini. 

“Gift a ROSE” kini ditawarkan di pejabat Yayasan ROSE secara temu janji. Ujian ini direka untuk menjadi mudah, tidak sakit dan anda boleh buat sendiri. Anda tidak perlu risau kerana keputusan akan dihantar ke telefon bimbit anda.

Untuk membuat temujanji, sila hubungi nombor talian ROSE, 03-84082211 antara jam 9:00 pagi hingga 4:30 petang, Isnin hingga Jumaat.

Ini adalah cara untuk melakukan ujian:

  1. Individu datang ke pejabat Yayasan ROSE dimana pakar kami akan membantu anda sepanjang proses tersebut.
  2. Anda akan diajar cara untuk melakukan saringan dan akan melengkapkan pendaftaran yang diperlukan.
  3. Lakukan saringan itu sendiri, dengan keyakinan dari bantuan pakar.
  4. Keputusan ujian akan dihantar terus melalui SMS atau WhatsApp ke telefon bimbit anda dalam masa 3 minggu selepas saringan.

Dengan mengikuti langkah mudah ini, anda boleh mengambil bahagian secara aktif dalam pemeriksaan kesihatan serviks sambil menikmati kemudahan dan privasi menjalankan ujian dalam lingkungan masa anda sendiri.

Cara Bayaran:

Sila ambil perhatian bahawa pembayaran untuk ujian boleh dibuat pada hari temujanji menggunakan kad kredit/debit atau melalui kod QR sahaja. Harap maklum bahawa bayaran tunai tidak akan diterima.

Saringan Korporat “Gift a ROSE”

Yayasan ROSE berdedikasi untuk memperluaskan ketersampaian saringan Program ROSE PCR HPV untuk mencapai lebih ramai komuniti dan wanita Malaysia. Kami menjemput organisasi anda untuk menyumbang kepada kesejahteraan pekerja anda melalui inisiatif “Gift a ROSE” kami.

Apabila anda memilih untuk “Gift a ROSE” kepada pekerja anda, kami akan bekerja rapat dengan Jabatan Sumber Manusia anda untuk memastikan proses yang lancar. Kerjasama ini akan meliputi:

  1. Pemeriksaan di lokasi pejabat pekerja: Kami bekerjasama dengan anda untuk mengatur jadual untuk pasukan ROSE menjalankan saringan di tempat kerja anda. Pilihan mudah ini disediakan untuk sekurang-kurangnya 20 pekerja secara prabayar.
  2. Sesi pendidikan oleh pasukan ROSE: Di samping saringan, pasukan kami boleh menyediakan sesi pendidikan untuk meningkatkan kesedaran tentang kanser serviks dan berkongsi inisiatif berasaskan bukti terkini dalam memeranginya. Sesi pendidikan ini bertujuan untuk memperkasakan pekerja anda dengan pengetahuan dan mempromosikan langkah pencegahan.

Dengan mengambil bahagian dalam inisiatif “Gift a ROSE”, organisasi anda mempamerkan komitmen yang teguh terhadap kesihatan dan kesejahteraan pekerja anda, memupuk budaya penjagaan dan pengurusan kesihatan yang proaktif.

Untuk mengatur Saringan Korporat “Gift a ROSE” untuk pekerja anda yang dihargai, sila lengkapkan borang yang tersedia di sini. Kami menghargai inisiatif proaktif anda dalam mengutamakan kesejahteraan tenaga kerja anda melalui program yang berimpak tinggi ini.