Program Gift a ROSE membolehkan wanita untuk mengambil ujian pensampelan PCR HPV ROSE kami yang unik secara berbayar. Menyertai program Gift a ROSE membolehkan anda mengawal perjalanan kesihatan anda. Apabila anda memilih ujian pensampelan kendiri PCR HPV ROSE secara berbayar, anda bukan sahaja mengutamakan kesejahteraan anda tetapi juga menyumbang kepada komitmen Yayasan ROSE yang tidak berbelah bahagi dalam membasmi kanser serviks. Sertai usaha kolektif kami dan jadilah pejuang bagi tujuan yang bermakna ini.
“Gift a ROSE” kini ditawarkan di pejabat Yayasan ROSE secara temu janji. Ujian ini direka untuk menjadi mudah, tidak sakit dan anda boleh buat sendiri. Anda tidak perlu risau kerana keputusan akan dihantar ke telefon bimbit anda.
Untuk membuat temujanji, sila hubungi nombor talian ROSE, 03-84082211 antara jam 9:00 pagi hingga 4:30 petang, Isnin hingga Jumaat.
Ini adalah cara untuk melakukan ujian:
Dengan mengikuti langkah mudah ini, anda boleh mengambil bahagian secara aktif dalam pemeriksaan kesihatan serviks sambil menikmati kemudahan dan privasi menjalankan ujian dalam lingkungan masa anda sendiri.
Cara Bayaran:
Sila ambil perhatian bahawa pembayaran untuk ujian boleh dibuat pada hari temujanji menggunakan kad kredit/debit atau melalui kod QR sahaja. Harap maklum bahawa bayaran tunai tidak akan diterima.
Yayasan ROSE berdedikasi untuk memperluaskan ketersampaian saringan Program ROSE PCR HPV untuk mencapai lebih ramai komuniti dan wanita Malaysia. Kami menjemput organisasi anda untuk menyumbang kepada kesejahteraan pekerja anda melalui inisiatif “Gift a ROSE” kami.
Apabila anda memilih untuk “Gift a ROSE” kepada pekerja anda, kami akan bekerja rapat dengan Jabatan Sumber Manusia anda untuk memastikan proses yang lancar. Kerjasama ini akan meliputi:
Dengan mengambil bahagian dalam inisiatif “Gift a ROSE”, organisasi anda mempamerkan komitmen yang teguh terhadap kesihatan dan kesejahteraan pekerja anda, memupuk budaya penjagaan dan pengurusan kesihatan yang proaktif.
Untuk mengatur Saringan Korporat “Gift a ROSE” untuk pekerja anda yang dihargai, sila lengkapkan borang yang tersedia di sini. Kami menghargai inisiatif proaktif anda dalam mengutamakan kesejahteraan tenaga kerja anda melalui program yang berimpak tinggi ini.