Di Malaysia, kanser serviks adalah antara kanser ketiga paling lazim di kalangan wanita.
Kanser serviks adalah yang kedua paling lazim dalam usia produktif 15-44 tahun.
3 daripada 4 wanita dengan kanser serviks di Malaysia adalah di bawah usia 65 tahun.
99% kes kanser serviks diakibatkan oleh Human Papillomavirus (HPV) jenis risiko tinggi.
90% wanita Malaysia berumur 30 tahun ke atas, yang telah menjalani saringan secukupnya, berisiko mendapat kanser serviks.
Kira-kira 75% wanita Malaysia tidak kerap menjalani pemeriksaan serviks, dan peratusan ini meningkat kepada 90% semasa pandemik COVID-19.
Kanser serviks adalah penyakit yang boleh dicegah, dan mengambil langkah proaktif seperti melakukan saringan secara rutin boleh mengesan jangkitan HPV awal dan rawatan segera boleh menyelamatkan nyawa.