• Facebook Social Icon
  • Instagram
  • Twitter

Ikuti Kami

Hubungi Kami

Emel: programrose@gmail.com

Talian ROSE: 03-84082211

Waktu Perkhidmatan: Isnin - Jumaat, 9 pagi - 5 petang

Untuk mesej kami:

© 2019 Program ROSE (Removing Obstacles to cervical ScrEening)

ROSE FOUNDATION

(A Company Limited By Guarantee)

201901023970 (1333299-V)  

PENGUMUMAN:

 

Memandangkan perubahan mendadak ikutan situasi Covid-19 yang kami hadapi, pihak ROSE memutuskan bahawa perkhidmatan ujian saringan HPV yang ditawarkan di klinik-klinik kesihatan terpilih, acara-acara dan pejabat ROSE akan ditangguh sementara. Keputusan penangguhan ini diambil sebagai usaha membendung penularan wabak Covid-19. Kami yakin bahawa keputusan ini dapat menyumbang usaha bersepadu semua pihak yang terlibat untuk menyelesaikan isu ini secepat mungkin. Kami berhasrat untuk mengaktifkan semula perkhidmatan ROSE apabila penularan jangkitan virus ini dapat dikawal. Dalam pada masa yang sama, talian ROSE tetap aktif. Anda boleh terus hubungi kami di 03-84082211. Terima kasih.

PROGRAM 'GIVE A ROSE'

Individu yang berminat kini boleh membeli ujian saringan serviks ROSE untuk RM250 SAHAJA dengan program 'Give A ROSE'! Ujian ini mudah, tidak sakit dan anda boleh DO-IT-YOURSELF! Keputusan akan dihantar ke telefon bimbit anda!
Sila hubungi nombor talian ROSE, 03-84082211 antara 9:00 pagi hingga 4:30 petang.

 

BAGAIMANA MELAKUKAN UJIAN:
Individu datang ke Yayasan ROSE (butiran lokasi di bawah), diajar cara melakukan ujian, didaftarkan dan melakukan saringan sendiri. Keputusan ujian akan dihantar kepada penerima melalui SMS ke telefon bimbitnya.

 

Lokasi Yayasan ROSE:
ROSE Foundation, UM Innovation Incubator Complex (UMX), 1-7, Universiti Malaya, Lingkungan Budi, 50603 KL

 

Syarat kelayakan untuk melakukan ujian:
Berumur antara 30-65 tahun
Tidak pernah melakukan pembedahan buang rahim
Tiada aliran haid berat
Tidak mengandung

 

Anda mesti membawa:
MyKad anda & Telefon Bimbit