• Facebook Social Icon
  • Instagram
  • Twitter

Ikuti Kami

Hubungi Kami

Emel: programrose@gmail.com

Talian ROSE: 03-84082211

Waktu Perkhidmatan: Isnin - Jumaat, 9 pagi - 5 petang

Untuk mesej kami:

© 2019 Program ROSE (Removing Obstacles to cervical ScrEening)

ROSE FOUNDATION

(A Company Limited By Guarantee)

201901023970 (1333299-V)  

SIAPAKAH YANG BOLEH DISARING?

Question: Is a self-collected sample as good as a sample taken by a healthcare provider?

Mengapa saya perlu menjalani ujian saringan serviks?

Ujian saringan serviks melalui ujian HPV boleh mengesan 14 jenis HPV berisiko tinggi secara berkesan. Tubuh badan boleh membersihkan kebanyakan jangkitan HPV dengan sendirinya. Kadangkala, jika jangkitan HPV tidak dibersihkan, boleh menyebabkan perubahan pada sel-sel di serviks anda. Sekiranya anda seorang wanita berumur di antara 30 hingga 65 tahun, anda disarankan untuk disaring melalui ujian HPV untuk mengesan jika anda mempunyai virus ini supaya tindakan susulan yang diperlukan boleh dilakukan bagi mengesan dan mengubati apa-apa kelainan yang disebabkan oleh jangkitan tersebut bagi mencegah kanser serviks.

 

Saya telah menerima vaksin HPV, perlukah saya menjalani saringan?

Ya. Vaksin HPV adalan sangat berkesan untuk mencegah kebanyan kes kanser serviks. Walau bagaimanapun, vaksin HPV tidak mencegah SEMUA kes kanser serviks. Justeru itu, adalah sangat penting untuk anda menjalani ujian saringan secara berkala berdasarkan ketetapan yang disyorkan tidak kira sama ada telah menerima vaksin atau tidak.

 

Saya tidak mempunyai hubungan seks selama bertahun-tahun, perlukah saya menjalani saringan?

Ya. Virus HPV boleh kekal tidak aktif dalam sel-sel serviks selama bertahun-tahun dan boleh diaktifkan semula dalam jangka hidup anda. Justeru itu, adalah sangat penting untuk anda menjalani saringan secara berkala berdasarkan ketetapan yang disyorkan sehingga usia 65 tahun.

 

Saya telah menjalani ujian Pap baru-baru ini, perlukah saya menjalani saringan?

Ya. Ujian HPV ialah ujian saringan serviks yang lebih sensitif dan keputusan ujian yang negatif akan bermakna anda tidak perlu menjalani ujian saringan serviks untuk sepuluh tahun seterusnya (jika anda berusia antara 30 hingga 65 tahun). Sila pastikan anda layak untuk melakukan ujian di sini.

Adakah sampel yang diambil oleh saya sendiri adalah sebaik sampel yang diambil oleh pegawai kesihatan?

"HPV testing on self-collected vaginal samples has a sensitivity that is equivalent to that of a practitioner-collected sample." (2)

 

- Dr. Lara Roeske,

Director of Education and Liaison Victorian Cytology Services

 "HPV testing on vaginal self-samples using a valid PCR-based assay is as accurate as on clinician-taken self-samples." (3)

- Marc Arbyn

Coordinator of the Unit of Epidemiology

Belgian Cancer Center, Belgium   

Bolehkah saya melakukan ujian dengan salah?

Ujian ini mudah dilakukan sendiri dan kebanyakan wanita melakukan ujian ini dengan betul. Adalah penting untuk memastikan swab dimasukkan ke dalam faraj anda dan diputar. Keluarkan swab dan kembalikannya ke dalam tiub tanpa membersihkan atau menjatuhkannya.

Adakah terdapat risiko untuk melakukan ujian?

Kebanyakan wanita tidak mengalami sebarang ketidakselesaan fizikal ketika melakukan ujian. Bagi sesetengah wanita, anda mungkin mengalami ketidakselesaan yang ringan tetapi tidak sepatutnya berasa sakit. Sekiranya anda mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesukaran dalam melakukan ujian, seorang pakar perubatan boleh memberi nasihat atau membantu anda. Sila ambil perhatian bahawa kebanyakan wanita mendapat HPV pada satu ketika dalam hidup mereka. Dalam kebanyakan wanita, HPV dibersihkan secara semula jadi tanpa keabnormalan yang serius, tetapi mengetahui bahawa HPV hadir dapat membantu anda membuat keputusan untuk menjalani ujian lanjut.

Ingin melakukan ujian saringan serviks ROSE? Sila pastikan anda layak untuk melakukan ujian.